Monday, October 26, 2015

Jemputan Pot Luck KMS siri 1

Kepada semua ahli KMS ataupun peminat sukan memanah di sekitar Desa Surada, Bandar Baru Bangi adalah dipelawa menghadiri sesi Pot Luck yang akan dianjurkan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 1.11.2015
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi
Menu : secara pot luck

Selain dari upacara dinyatakan di atas, satu pertandingan kecil akan turut diadakan bagi mempereratkan hubungan silaturrahim dengan semua.

Jemput hadir....... Datang jangan tak datang

Peraturan Keselamatan Lapang Sasar Surada

PERATURAN KESELAMATAN
LAPANG SASAR SURADA

1. Jangan sesekali menghalakan busur ke arah orang walaupun tiada anak panah, ini boleh mewujudkan tabiat yang tidak baik.

2. Jangan bergurau ketika melakukan latihan memanah.

3. Memakai pakaian yang sesuai untuk memanah.

4. Bersama-sama menjaga kebersihan dan hartabenda kelab untuk kebaikan bersama.

5. Memakai asesori keselamatan memanah ketika latihan ataupun pertandingan.

6. Jangan “Dry Fire” iaitu melepaskan panahan/tali busur selepas membuat tarikan tanpa anak panah. Perlakuan ini boleh menyebabkan kecederaan atau/dan kerosakan peralatan.

7. Menjaga etika pemanah dan kesopanan semasa latihan atau pertandingan.

8. Minta bantuan daripada jurulatih ataupun orang yang berkelayakan jika ada masalah peralatan.

9. Peralatan mestilah diletakan di dalam keadaan tersusun rapi supaya tidak berlaku kemalangan pada peralatan dan pemanah.

10. Minta kebenaran kepada tuan punya busur sebelum menarik/mencuba sebarang busur.

11. Patuhilah semua peraturan supaya kita dapat menjaga keselamatan ketika berada di lapang sasar memanah.

Selamat Memanah.


KELAB MEMANAH SURADA ‘memanah itu sunnah’

Juara Memanah UNISEL

Tahniah diucapkan kepada dua pemanah Kelab Memanah Surada (KMS), Tn Fadilah Samsuri dan Tn Hadi Fadilah. penyertaan mereka pada kali ini membuahkan hasil yang utama iaitu mengungguli sebagai johan dan naib johan di Pertandingan Memanah UNISEL yang berlangsung pada Sabtu, 25 Okt 2015.

Pada kejohanan kali ini Tn Fadilah memperolehi 289 mata membolehkan merangkul gelaran juara. Manakala yang mengekori sebagai naib juara memperolehi 233 mata yang disandang oleh Tn Hadi.

Semoga kejuaraan kali ini akan memberikan manfaat dan semangat untuk semua ahli KMS serta para pencinta sukan sunnah ini. Tahniah.

Dari kiri; naib johan (Tn Hadi), johan (Tn Fadilah) dan tempat ke-3 

Johan

 Naib Johan





Thursday, October 22, 2015

Kuiz memanah

Berikut adalah kuiz memanah yg sebelum ini disebarkan melalui apps Wassup.

Sila cuba.

1. Kuiz Memanah 1

2. Kuiz Memanah 2


Keputusan akan dihantar melalui email anda.


Borang Keahlian Kelab


Kepada yang ingin menyertai Kelab Memanah Surada (KMS) bolehlah mengisi borang penyertaan dan mengembalikan kepada ahli jawatankuasa kelab atau email ke kmsurada@gmail.com. Setiap penyertaan hendaklah disertakan pendaftaran RM 20.00 dan yuran tahunan RM 30.00.

Wednesday, October 21, 2015

Tip untuk membuat serving untuk bow string (tali busur).

Antara tip yg berguna apabila Tip membuat bow string serving membuat serving untuk bow string.

1. Langkah permulaan untuk membuat serving



Image result for bowstring serving


2. Langkah akhir untuk menamatkan serving.



Link youtube di bawah menunjukkan video cara membuat serving.

https://www.youtube.com/watch?v=50TF2sM-1UQ

Pemanah KMS (siri 1)

Antara para pemanah KMS;

Tn Fadhilah Samsuri

Tn Jalal Busri

Dr Azman A Rahman

Tn Jusoh Abdullah

Dari kiri; Hj Baharom Mansor, Hj Yazid Ansilin, Dr Fazdi Haron & Hj Azam Hamzah

Mohd Gaddafi Ibrahim

Tuesday, October 20, 2015

Penyertaan Pertama Pertandingan, no 4

Tanggal 17 Okt 2015, buat pertama kalinya ahli KMS menyertai pertandingan memanah secara rasmi dengan penyertaan Tn Fadhilah Samsuri serta Tn Hadi Fadhilah.

Apa yang lebih memberangsangkan penyertaan mereka telah memberikan saingan yang kuat kepada para pemanah lain dari kelab mahupun persatuan yang telah lama menjalankan aktiviti memanah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Hasilnya Tn Hadi berjaya mara ke pusingan kalah mati, manakala Tn Fadhilah menduduki tempat 4 terbaik keseluruhan. 

Dengan keberadaan Tn Fadhilah di tangga ke-4 itu telah memberikan momentum kepada ahli-ahli untuk lebih gigih menjalankan latihan kerana terbukti kita adalah mampu untuk bersaing di arena memanah ini. Tahniah.


Tn Fadhilah Samsuri menerima Sijil 








Ahli Berdaftar Sehingga Sep 2015

Alhamdulillah semenjak penubuhan setahun yang lalu, jumlah ahli berdaftar Kelab Memanah Surada (KMS) agak memberangsangkan.

In sha Allah setiap kali diadakan aktiviti KMS ahli pastinya akan bertambah.


Kisah Panah Memanah Surada

http://desasurada.blogspot.my/2014/05/kisah-panah-memanah-surada-siri-1.html

Idea dicetuskan sekitar Mac 2014 oleh Ust Gaddafi, salah seorang Imam Surau Al-Mujahidin Desa Surada. Idea asal adalah untuk menubuhkan Kelab Menembak.
Bermula dari itu, beberapa AJK tidak rasmi telah dibentuk. 

Beberapa Pembekal telah dipanggil.







Sejarah Penubuhan Kelab Memanah Surada Siri 4.0

http://desasurada.blogspot.my/2014/05/sejarah-penubuhan-kelab-memanah-surada_7488.html

Sejarah Penubuhan Kelab Memanah Surada Siri 3.0

desasurada.blogspot.my/2014/05/sejarah-penubuhan-kelab-memanah-surada_2921.html

Sejarah Penubuhan Kelab Memanah Surada Siri 2.0

http://desasurada.blogspot.my/2014/05/sejarah-penubuhan-kelab-memanah-surada_14.html

Sejarah Penubuhan Kelab Memanah Surada Siri 1.0

desasurada.blogspot.my/2014/05/sejarah-penubuhan-kelab-memanah-surada.html

Logo Kelab Memanah Surada (KMS)


Monday, October 19, 2015

Assalamualaikum

Assalamualaikum

Ini adalah blog untuk Kelab Memanah Surada yang bertempat di Lapang Sasar Surada, Jalan Surada 12, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

terima kasih.