PERATURAN KESELAMATAN
LAPANG SASAR SURADA
1. Jangan sesekali menghalakan busur ke arah orang walaupun tiada anak panah, ini boleh mewujudkan tabiat yang tidak baik.
2. Jangan bergurau ketika melakukan latihan memanah.
3. Memakai pakaian yang sesuai untuk memanah.
4.
Bersama-sama menjaga kebersihan dan hartabenda kelab untuk kebaikan bersama.
5. Memakai asesori keselamatan memanah ketika latihan ataupun
pertandingan.
6. Jangan “Dry Fire” iaitu melepaskan panahan/tali busur selepas
membuat tarikan tanpa anak panah. Perlakuan ini boleh menyebabkan kecederaan
atau/dan kerosakan peralatan.
7. Menjaga etika pemanah dan kesopanan semasa latihan atau
pertandingan.
8. Minta bantuan daripada jurulatih ataupun orang yang
berkelayakan jika ada masalah peralatan.
9. Peralatan mestilah diletakan di dalam keadaan tersusun rapi
supaya tidak berlaku kemalangan pada peralatan dan pemanah.
10. Minta kebenaran kepada tuan punya busur sebelum
menarik/mencuba sebarang busur.
11. Patuhilah semua peraturan supaya kita dapat menjaga
keselamatan ketika berada di lapang sasar memanah.
Selamat
Memanah.
KELAB
MEMANAH SURADA ‘memanah itu sunnah’
No comments:
Post a Comment