Tanggal 5 Disember 2015, Kelab Memanah Surada (KMS) sekali lagi menghantar penyertaan untuk bersaing di Karnival Anak Muda di Pantai Morib, Selangor. Lima peserta yang terdiri dari Tn Fadilah Samsuri (KMS 022-14), Tn Jalal Busri (KMS 034-14), Tn Hadi Fadilah (KMS 021-14), Tn Saiful Sham (KMS 056-15) dan Mohd Gaddafi Ibrahim (KMS 004-14).
Dari lima peserta yang mengambil bahagian, empat dari mereka dapat meneruskan saingan di peringkat saingan 'olimpik' iaitu Fadilah, Jalal, Hadi dan Saiful. Pusingan ini merupakan pusingan kalah mati.
Sekali lagi penyertaan dari KMS dapat mendahului para peserta lain seterusnya dinobatkan sebagai juara pada pertandingan tersebut. Kejuaraan tersebut disandang oleh Tn Hadi Fadilah yang telah mengalahkan penyandang juara pertandingan memanah di Perak pada bulan lepas. Tahniah!
No comments:
Post a Comment