Thursday, December 31, 2015

Kejohanan Memanah Surada @ Bandar Baru Bangi



Jemputan menyertai

Kejohanan Memanah Surada @ Bandar Baru Bangi akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 14 Feb 2016 (Ahad)
Penyertaan: terbuka (lelaki & perempuan)
Pendaftaran: RM 20 (makan tengah hari disediakan)
Syarat: busur tradisional & anak panah kayu/buluh (10 btg)
Jarak: 20m & 30m

Maklumat lanjut hubungi Azman 011-35396282

Mohon isi borang penyertaan di bawah sebelum 8 Feb 2016;

https://docs.google.com/forms/d/1cGfKDWQ0ZXldyLzOwNJG3apzrk5II0QG77ILMoHg614/viewform?chromeless=1&edit_requested=true

Thursday, December 10, 2015

Mata Terkini Ahli siri 2

Berikut adalah kedudukan mata terkini ahli berdasarkan pertandingan yang diadakan di Lapang Sasar Surada:

Kedudukan Semasa No Ahli Nama Nov-15 Dis 15 Mata
1 KMS 034 Jalal Busri 445 407 852
2 KMS 022 Fadilah bin Samsuri 439 371 810
3 KMS 021 Hadi Fadilah 374 339 713
4 KMS 004 Mohd Gaddafi Ibrahim 324 309 633
5 KMS 001 Daud Osman 251 207 458
6 KMS 053 Suhaimi Mohamad 234 203 437
7 Enawar 332 332
8 KMS 056 Saiful Sham 316 316
9 KMS 064 Roz Addee 98 216 314
10 KMS 050 Mohd Faizal Bin Masarin 135 108 243
11 KMS 054 Muhd Arif Afiq Suhaimi 190 190
12 KMS 046 Muhammad Darwisy Daud 165 165
13 KMS 045 Muhd Azharuddin 123 123
14 KMS 063 Hosni Kardi 118 118
15 KMS 035 Baharom Mansor 106 106
16 KMS 039 Muhammad Danish Daud 87 87
17 Azli 72 72
18 KMS 038 Muhammad Danial Daud 67 67
19 Halim 45 45
20 Afiff 10 10

Bengkel Persediaan Memanah sesi-2, Pot Luck & Pertandingan Memanah Bulanan KMS

6 Dis 2016 telah diadakan tiga aktiviti secara serentak di Lapang Sasar Surada. Bengkel Persediaan Memanah sesi ke-2, pot luck dan pertandingan memanah bulanan kelab. Aktiviti tersebut dimulai dengan Bengkel Persediaan Memanah yang dibentang oleh Tn Fadilah Samsuri selaku salah seorang pemain utama Kelab Memanah Surada (KMS) dalam siri-siri pertandingan memanah yang disertai.
 Pembentangan dari Tn Fadilah 



Selesai sesi bengkel, jamuan pot luck diadakan bagi semua yang hadir. Hampir setiap yang hadir pada hari tersebut membawa juadah masing-masing untuk dimakan bersama-sama.
Juara bertahan, Tn Jalal

Sesi terakhir pada hari tersebut adalah Pertandingan Memanah Bulanan KMS. Pada kali ini hanya dua jarak yang dipertandingkan iaitu 20m dan 15m. Juara bertahan bagi Nov 15 sekali lagi mengungguli serta mempertahan kejuaraan pada bulan ini, Tn Jalal Busri merupakan juara bagi Nov dan Dis 2015 ini. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan semua yang mengambil bahagian.



Pertandingan Memanah di Karnival Anak Muda


Tanggal 5 Disember 2015, Kelab Memanah  Surada (KMS) sekali lagi menghantar penyertaan untuk bersaing di Karnival Anak Muda di Pantai Morib, Selangor. Lima peserta yang terdiri dari Tn Fadilah Samsuri (KMS 022-14), Tn Jalal Busri (KMS 034-14), Tn Hadi Fadilah (KMS 021-14), Tn Saiful Sham (KMS 056-15) dan Mohd Gaddafi Ibrahim (KMS 004-14).

Dari lima peserta yang mengambil bahagian, empat dari mereka dapat meneruskan saingan di peringkat saingan 'olimpik' iaitu Fadilah, Jalal, Hadi dan Saiful. Pusingan ini merupakan pusingan kalah mati.

Sekali lagi penyertaan dari KMS dapat mendahului para peserta lain seterusnya dinobatkan sebagai juara pada pertandingan tersebut. Kejuaraan tersebut disandang oleh Tn Hadi Fadilah yang telah mengalahkan penyandang juara pertandingan memanah di Perak pada bulan lepas. Tahniah!

Tuesday, December 1, 2015

Jom Sertai Kami


Pertandingan Kecil Siri 2 & Pot Luck

Kepada semua ahli KMS ataupun peminat sukan memanah di sekitar Desa Surada, Bandar Baru Bangi adalah dipelawa menghadiri sesi Pertandingan Kecil Pot Luck yang akan dianjurkan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 6.12.2015
Hari : Ahad
Masa : 9.30 pagi
Penyertaan: Percuma
Menu : secara pot luck

Ini diadakan bagi mempereratkan hubungan silaturrahim dengan semua.

Jemput hadir....... Datang jangan tak datang

Monday, November 30, 2015

AQLA-PAK's Invitation 2015 "Fast Shooter Group"

Hadi Fadilah (dua dari kiri) dan Fadilah Samsuri (kanan)

Tahniah, peserta Kelab Memanah Surada (KMS) berganding bersama peserta Pemanah Al Kahfi memenangi pertandingan bidikan cepat berkumpulan yang diadakan berhadapan Menara MBPJ pada Ahad, 29 Nov 2015.

Tn Fadilah Samsuri (KMS022-14) dan saudara Hadi Fadilah (KMS021-14) mengungguli pertandingan tersebut. dengan jumlah mata keseluruhan 567 melayakkan mereka menerima piala pusingan pada kali ini.

Berkat latihan berterusan dan sentiasa mempelbagaikan kaedah bidikan cepat menatijahkan kemenangan milik mereka. Syabas.




Bengkel Persediaan Memanah (hari pertama 28.11.2015)

Pada Sabtu 28 Nov 2015, sekali lagi Kelab Memanah Surada (KMS) menganjurkan program yang dinamakan sebagai Bengkel Persediaan Memanah. Bengkel ini mempunyai sepuluh siri set modul dan akan diselesaikan selama empat hari, setiap Sabtu 28 Nov 2015 sehingga 19 Dis 2015. Pada hari pertama ini penyertaan rasmi adalah seramai 12 peserta yang terdiri dari lelaki dan perempuan serta berumur semuda 12 tahun sehingga kepada umur 60-an.

Sesi teori

Perantara/pemudahcara Tn Jalal Busri memulakan sesi bengkel dengan pengenalan asas kegiatan memanah. Seterusnya dibawakan sirah Rasul, sahabah dan para pengikut yang hebat dalam aktiviti panah memanah. Sebelum mengakhiri sesi pada kali ini dijelaskan jenis-jenis busur dan perbezaan antara busur moden dan busur tradisional.


Selesai sesi perihal teori memanah diteruskan dengan sesi praktikal di kalangan peserta dan mendapat bimbingan terus dari pemudahcara serta urusetia yang terlibat. Sesi akan bersambung pada Ahad 6 Dis 2015. In sha Allah.






Sunday, November 29, 2015

Pertandingan Memanah Guru-guru Agama Malaysia


Sekali lagi ahli Kelab Memanah Surada (KMS) melonjakkan imej kelab apabila menyertai  pertandingan memanah di Kejohanan Sukan Guru Agama Malaysia pada 25 Nov 2015 yang diadakan di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Batu Pahat, Johor.


Ahli yang bernombor KMS004-14, Mohd Gaddafi bin Ibrahim merupakan salah seorang peserta yang mengambil bahagian di dalam pertandingan memanah pada kejohanan tersebut bagi mewakili Selangor.


Keputusan rasmi kejohanan tersebut bagi pertandingan memanah keseluruhan menobatkan Selangor memperolehi pingat gangsa. Manakala kategori memanah simulasi Uhud peserta terbaik disandang saudara Mohd Gaddafi bin Ibrahim. Tahniah.

Wednesday, November 4, 2015

Monday, November 2, 2015

Bagaimana untuk membuat hybrid longbow

Bagaimana untuk membuat hybrid longbow (reflek/deflek).

Sila lawat link di bawah,

https://www.youtube.com/watch?v=xljOvsexlkg


Mata Terkini Ahli siri 1

Pihak Kelab Memanah Surada (KMS) berhasrat mewujudkan pertandingan memanah bulanan di Lapang Sasar Surada. Justeru itu setiap penyertaan akan digabungkan jumlah mata yang diperoleh dari pertandingan pertama semalam (Ahad, 1.11.2015) hinggalah ke pertandingan seterusnya.

Kedudukan hirarki peserta yang memperoleh mata tertinggi dalam setiap penyertaan akan diwar-warkan. Ini adalah untuk memberi semangat dan dorongan kepada semua ahli KMS. Mata yang dikira juga hanyalah yang dipertandingkan di Lapag Sasar Surada sahaja.

KMS mengharapkan perkara ini sebagai motivasi untuk para ahli menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak luar dan membawa nama baik KMS sebagai salah satu kelab yang menghasilkan para pemanah yang berkualiti, In sha Allah.

Berikut adalah kedudukan semasa para pemanah KMS:

Kedudukan Semasa No Ahli Nama Mata
1 KMS 034 Jalal Busri 445
2 KMS 022 Fadilah bin Samsuri 439
3 KMS 021 Hadi Fadhilah 374
4   Enawar 332
5 KMS 004 Mohd Gaddafi Ibrahim 324
6 KMS 056 Saiful Sham 316
7 KMS 001 Daud Osman 251
8 KMS 053 Suhaimi Mohamad 234
9 KMS 054 Muhd Arif Afiq Suhaimi 190
10 KMS 046 Muhammad Darwisy Daud 165
11 KMS 050 Mohd Faizal Bin Masarin 135
12 KMS 035 Baharom Mansor 106
13 KMS 064 Roz Addee 98
14 KMS 039 Muhammad Danish Daud 87
15   Azli 72

Sunday, November 1, 2015

Pot Luck & Pertandingan Kecil


Alhamdulillah hari ini telah dilaksanakan secara serentak program 'pot luck' dan pertandingan kecil sesama ahli Kelab Memanah Surada (KMS).

 Ucapan Presiden

Acara dimulakan dengan taaruf dan ucapan ringkas dari Presiden KMS, Tn Daud Osman. Selesai sesi tersebut diteruskan dengan sesi taklimat pertandingan kecil dari Tn Hadi Fadilah.

Sesi taaruf

Agenda diteruskan dengan jamuan juadah 'pot luck' yang dibawa oleh ahli-ahli yang hadir. Pelbagai juadah yang ada seperti nasi lemak, mee goreng, kuih-muih, keropok, buah-buahan dan pelbagai yang lain.
 Taklimat pertandingan oleh Tn Hadi Fadilah

 Sejurus menjamu selera pertandingan dimulakan yang melibatkan 15 penyertaan. Jarak yang dipertandigkan pada kali ini adalah diperingkat asas iaitu 10 dan 15 meter dengan markah keseluruhan diperuntukan sebanyak 600.

Juara, Tn Jalal Busri (kiri)

Peserta pilihan pada kali ini, Tn Jalal Busri mengungguli pertandingan dengan memperoleh 445 mata serta menyandang juara. Mengekori rapat naib juara memperoleh 439 mata iaitu Tn Fadilah Samsuri. Manakala tempat ketiga disandang Tn Hadi Fadilah (374 mata).

Pusingan pertama

Program pada hari ini akan diteruskan pada masa akan datang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang serta semua yang terlibat dan memberi sokongan pada program hari ini dan KMS secara umumnya.
 Keputusan penuh




Monday, October 26, 2015

Jemputan Pot Luck KMS siri 1

Kepada semua ahli KMS ataupun peminat sukan memanah di sekitar Desa Surada, Bandar Baru Bangi adalah dipelawa menghadiri sesi Pot Luck yang akan dianjurkan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 1.11.2015
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi
Menu : secara pot luck

Selain dari upacara dinyatakan di atas, satu pertandingan kecil akan turut diadakan bagi mempereratkan hubungan silaturrahim dengan semua.

Jemput hadir....... Datang jangan tak datang

Peraturan Keselamatan Lapang Sasar Surada

PERATURAN KESELAMATAN
LAPANG SASAR SURADA

1. Jangan sesekali menghalakan busur ke arah orang walaupun tiada anak panah, ini boleh mewujudkan tabiat yang tidak baik.

2. Jangan bergurau ketika melakukan latihan memanah.

3. Memakai pakaian yang sesuai untuk memanah.

4. Bersama-sama menjaga kebersihan dan hartabenda kelab untuk kebaikan bersama.

5. Memakai asesori keselamatan memanah ketika latihan ataupun pertandingan.

6. Jangan “Dry Fire” iaitu melepaskan panahan/tali busur selepas membuat tarikan tanpa anak panah. Perlakuan ini boleh menyebabkan kecederaan atau/dan kerosakan peralatan.

7. Menjaga etika pemanah dan kesopanan semasa latihan atau pertandingan.

8. Minta bantuan daripada jurulatih ataupun orang yang berkelayakan jika ada masalah peralatan.

9. Peralatan mestilah diletakan di dalam keadaan tersusun rapi supaya tidak berlaku kemalangan pada peralatan dan pemanah.

10. Minta kebenaran kepada tuan punya busur sebelum menarik/mencuba sebarang busur.

11. Patuhilah semua peraturan supaya kita dapat menjaga keselamatan ketika berada di lapang sasar memanah.

Selamat Memanah.


KELAB MEMANAH SURADA ‘memanah itu sunnah’

Juara Memanah UNISEL

Tahniah diucapkan kepada dua pemanah Kelab Memanah Surada (KMS), Tn Fadilah Samsuri dan Tn Hadi Fadilah. penyertaan mereka pada kali ini membuahkan hasil yang utama iaitu mengungguli sebagai johan dan naib johan di Pertandingan Memanah UNISEL yang berlangsung pada Sabtu, 25 Okt 2015.

Pada kejohanan kali ini Tn Fadilah memperolehi 289 mata membolehkan merangkul gelaran juara. Manakala yang mengekori sebagai naib juara memperolehi 233 mata yang disandang oleh Tn Hadi.

Semoga kejuaraan kali ini akan memberikan manfaat dan semangat untuk semua ahli KMS serta para pencinta sukan sunnah ini. Tahniah.

Dari kiri; naib johan (Tn Hadi), johan (Tn Fadilah) dan tempat ke-3 

Johan

 Naib Johan





Thursday, October 22, 2015

Kuiz memanah

Berikut adalah kuiz memanah yg sebelum ini disebarkan melalui apps Wassup.

Sila cuba.

1. Kuiz Memanah 1

2. Kuiz Memanah 2


Keputusan akan dihantar melalui email anda.


Borang Keahlian Kelab


Kepada yang ingin menyertai Kelab Memanah Surada (KMS) bolehlah mengisi borang penyertaan dan mengembalikan kepada ahli jawatankuasa kelab atau email ke kmsurada@gmail.com. Setiap penyertaan hendaklah disertakan pendaftaran RM 20.00 dan yuran tahunan RM 30.00.

Wednesday, October 21, 2015

Tip untuk membuat serving untuk bow string (tali busur).

Antara tip yg berguna apabila Tip membuat bow string serving membuat serving untuk bow string.

1. Langkah permulaan untuk membuat serving



Image result for bowstring serving


2. Langkah akhir untuk menamatkan serving.



Link youtube di bawah menunjukkan video cara membuat serving.

https://www.youtube.com/watch?v=50TF2sM-1UQ

Pemanah KMS (siri 1)

Antara para pemanah KMS;

Tn Fadhilah Samsuri

Tn Jalal Busri

Dr Azman A Rahman

Tn Jusoh Abdullah

Dari kiri; Hj Baharom Mansor, Hj Yazid Ansilin, Dr Fazdi Haron & Hj Azam Hamzah

Mohd Gaddafi Ibrahim

Tuesday, October 20, 2015

Penyertaan Pertama Pertandingan, no 4

Tanggal 17 Okt 2015, buat pertama kalinya ahli KMS menyertai pertandingan memanah secara rasmi dengan penyertaan Tn Fadhilah Samsuri serta Tn Hadi Fadhilah.

Apa yang lebih memberangsangkan penyertaan mereka telah memberikan saingan yang kuat kepada para pemanah lain dari kelab mahupun persatuan yang telah lama menjalankan aktiviti memanah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Hasilnya Tn Hadi berjaya mara ke pusingan kalah mati, manakala Tn Fadhilah menduduki tempat 4 terbaik keseluruhan. 

Dengan keberadaan Tn Fadhilah di tangga ke-4 itu telah memberikan momentum kepada ahli-ahli untuk lebih gigih menjalankan latihan kerana terbukti kita adalah mampu untuk bersaing di arena memanah ini. Tahniah.


Tn Fadhilah Samsuri menerima Sijil